Ayda Jebat telah berjaya merangkul empat anugerah semasa majlis Anugerah Meletop ERA yang berlangsung malam Ahad lepas. Namun antara yang mengejutkan ialah kemenangan Ayda mengatasi Datuk Siti Nurhaliza dalam kategori Penyanyi Meletop.
Kemenangan Ayda mendapat pertikaian hebat netizen yang menganggap dia tidak layak memenangi anugerah tersebut apabila dibandingkan bakat dan popularitinya dengan diva tersohor itu. Malah ada yang membuat tanggapan bahawa Ayda menang kerana dia ialah duta kepada produk Aura White yang menaja majlis pada malam tersebut.
Melalui mStar Online, Ayda menafikan perkara itu. Katanya, dia menang empat kategori tersebut hasil kerja keras peminat yang mengundinya.
Pada saya soalan tentang pertikaian saya adalah duta produk yang menaja majlis ini adalah sangat tidak relevan.
Kemenangan hari ini adalah atas tangan peminat saya dan tuduhan ia disebabkan saya duta kepada Aura White adalah tidak adil bagi peminat-peminat saya yang bekerja keras mengundi saya.
Ayda memenagi kategori utama Top Top MeleTOP (wanita), Penyanyi MeleTOP, Lagu MeleTop, Pelakon MeleTop dan Drama MeleTOP. Melalui kemenangan tersebut Ayda membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM30,000 berserta trofi sumbangan Astro.
Saya tahu ramai yang komen negatif di laman sosial yang menganggap saya tidak patut menang, saya juga tidak ada kuasa untuk mengatakan ia bukan hak saya atau orang lain.
Saya ambil komen mereka daripada sudut positif dan buktikan lagi kemampuan saya untuk menyangkal tuduhan negatif itu.
Bagi Ayda, trofi Penyanyi MeleTOP dan Lagu MeleTOP menerusi lagu Siapalah Diriku yang diterima adalah anugerah paling bermakna buat dirinya yang baharu bergelar penyanyi dan ia menyuntik semangatnya untuk terus menghasilkan karya yang terbaik dan digemari masyarakat.
Saya menangis ketika mengambil anugerah ini kerana rasa seperti mimpi. Saya bersaing dengan penyanyi-penyanyi yang hebat hebat dan ada kelab peminat yang kuat.
Kemenangan ini membuatkan saya ingin hasilkan lagu-lagu yang lebih baik pada amsa akan datang. Ramai yang bertanya saya tentang lagu balada, tapi saya rasa belum sampai masanya untuk menyanyikan lagu berat.
Lagu-lagu Ayda sememangnya catchy dan mudah mendapat tempat, namun begitu ia tidak lari dari terkait kontroversi. Lagu Siapa Diriku dikatakan mempunyai persamaaan dengan lagu Meghan Trainor manakala korus lagu Pencuri Hati hampir 100 peratus sama dengan lagu K-Pop Talk Talk Talk nyanyian N.S Yoong.
Ayda bagaimanapun menafikannya melalui BH Plus.
Sumber: beautifulnara
Tuesday, March 1, 2016
Sunday, February 28, 2016
artis
21 Gambar Gaya Selebriti Di Anugerah Meletop ERA 2016
AME 2016 memperlihatkan sebanyak 16 kategori serta dua kategori utama iaitu Top Top MeleTOP (Lelaki) dan Top Top MeleTOP (Wanita) selain memperkenalkan empat kategori baharu iaitu Drama TV MeleTOP, Artis Lawak MeleTOP, Hos TV MeleTOP dan Pelakon TV MeleTOP.
Berikut merupakan beberapa gambar gaya selebriti di karpet merah Anugerah MeleTOP ERA 2016!
Berikut merupakan beberapa gambar gaya selebriti di karpet merah Anugerah MeleTOP ERA 2016!
artis
16 Gambar Terbaik Di sekitar Majlis Resepsi Hanif Zaki & Anzalna Nasir Di Kuala Lumpur
Tahniah kami ucapkan kepada Anzalna Nasir kerana telah selamat mendirikan ruamh tangga bersama suami tercinta, Hanif Zaki dan semalam, pasangan ini baru sahaja selesai melangsungkan resepsi di Grand Hyatt Hotel, Kuala Lumpur.
Untuk pengetahuan anda, Anzalna dan juga Hanif telah pun berkenalan selama 10 tahun. Malah mereka juga sebelum ini menyatakan mahu berbulan madu di sebuah pulau tetapi dirahsiakan dan akan mengerjakan umrah tidak lama lagi.

Friday, February 26, 2016
artis
21 Gambar Terbaik Di sekitar Majlis Resepsi Kedua Akim Ahmad & Stacy Anam Di Johor Bahru
Selepas selamat bergelar suami isteri pada pagi 5 Februari, majlis resepsi kedua telah diadakan di Dewan Sultan Iskandar, English College, Johor Bahru telah diadakan pada hari ni 26 Februari 2016 dan disambut dengan meriah sekali. Majlis bertemakan warna coklat dan turut diserikan lagi dengan kehadiran rakan selebriti dan juga rakan-rakan terdekat.
artis
FAFAU MENANGIS HARI TERAKHIR DI HOTFM HARI INI..UCAPANNYA YANG BUAT SEMUA MENANGIS
Hari ini merupakan detik terakhir Fara Fauzana dan bersiaran di Hot FM AM Krew. Selepas 10 tahun di Hot FM Fafau membuat keputusan untuk tidak terlibat lagi dalam bidang radio kerana ingin mencari masa untuk diri sendiri selain mendalami ilmu agama#.
Selain Fafau, beberapa lagi penyampai Hot FM turut mengundurkan diri termasuk AG, Ikhwan dan Liza. Walaubagaimanapun, mereka semua akan ke udara di stesen radio baharu juga dibawah rangkaian #Radio Media Prima Berhad.
#Rata-rata peminat Fafau yang setia mendengar AM Krew setiap pagi turut merasa sebak dengan pemergian mereka tetapi tetap mendoakan yang terbaik buat Fafau.
Ini ucapan terakhir fafau yang sangat menyedihkan:

Ucapan Terakhir Fara Fauzana di Hot FM
(VIDEO) Selepas hampir leibih 10 tahun bersiaran di ruang udara radio, ini adalah ucapan terakhir Realfafau sebagai penyampai radio Hot FM. Terima Kasih Fara Fauzana :') #TerimaKasihDaripadaHotFM#PastiDirindui#ByeByeAMKrew#BilaFafauBerhenti#ThrowbackAMKrew
Posted by HOT FM on Thursday, February 25, 2016
Thursday, February 25, 2016
Tips Kesihatan
“Sampai Sekarang Tak Makan Nasi”- Wanita Ini Berjaya Turunkan Sebanyak 72 Kg. Respect!
Rakyat Malaysia dengan nasi memang tak dapat dipisahkan. Mana taknya, daripada kecil memang nenek moyang dah terapkan nasi sebagai makanan ruji kita kan?
Tapi, Syahilla Aziz membuktikan bahawa dia bukan sahaja boleh menguruskan badannya sebanyak 72 kg, malah sudah seakan-akan menjadi kebiasaanya untuk tidak menjamah nasi.
Well, sebenarnya terpulang kepada tekad diri sendiri. Kalau hangat-hangat tahi ayam memang tak menjadi lah ye!
Saya dah 11 tahun tak sentuh mahupon makan nasi. Niat sama nak diet jugak. Tahun 2005, mulanya berhenti makan nasi. Time tu pergi Marie France, tak makan nasi, tak makan makanan berminyak (takde langsung mknn goreng goreng, air 6 litre at least sehari, takde choc/kek/sweets). Basically makan sayur, roti kosong dan ayam bakar tanpa garam. 6 bulan macam tu berat saya turun dari 128kg kepada 70kg. Sy takde pon makan pil diet apa apa.
Lepas 6 bulan tu stop pergi Marie France, decide continue maintain sendiri je (letih gakla kan kalau tiap tiap bulan nak bayar beribu kt Marie France tu). Then sy continue diet sama, sy berjaya turun kan berat lagi sehingga paling rendah 56kg. Hewhew. Time tu mmg perasan kurus laa. Baju semua beli baru. Seluar dari size 44 tukar jadi size 28/29. Sedara and kwn jumpa semua tak kenal. LOL. Time tu Marie France siap offer nak letak iols kat billboard, flyers etc utk gambar sebelum dan selepas. Of course lah aku taknak. Malu kot semua org tgk. Klau cun macam erra fazira tu takpe gak… Hahahahaha… After about setahun, start makan makanan biasa (tapi still tak makan nasi). Makanan ruji ialah sayur. Kalau g kedai tu terkejut akak kedai tu tgk saya makan sayur banyak gile. Diorang nak letak harga pon tak tahu sebab saya amek sayur semata (biasa paling mahal sy kene RM2.50 je). Menggunung dalam pinggan. Tapi sy suka. Tak makan nasi tak jadi masalah. Takde pon meleleh air liur tgk org makan nasi. Tapi kalau tgk org mkn kek/choc/ice cream tu mmg meleleh gaklaaaaa. Hahaha.

Wednesday, February 24, 2016
artis
Gara-gara menyuarakan pendapatnya mengenai sistem persekolahan dan juga cara guru di sekolah biasa mengajar di laman Youtube, adik Neelofa, Nur Ameera telah ditegur oleh warga laman sosial.
Dalam kenyataannya di dalam video tersebut, Ameera menjelaskan bahawa cikgu di sekolah biasa tidak berfikir luar daripada kotak dan melakukan kerja dengan cincai. Untuk pengetahuan anda, Ameera belajar di sekolah swasta antarabangsa.
Perkara tersebut dalam masa yang sama mencetuskan perdebatan di media sosial. Ada yang menyokong apa yang disuarakan oleh Ameera dan dalam masa ada juga yang menentang. Jadi apa pendapat anda?
Sebelum ini, Ameera pernah mencetuskan kontroversi apabila membalas kenyataan di akaun Instagram dengan bahasa yang kurang baik disebabkan ada segelintir peminat yang memberikan komen negatif terhadap gambar yang di muat naik oleh kakaknya, Neelofa.
Gara-Gara Mengutuk Guru Malaysia, Adik Neelofa Dihentam Teruk!

Subscribe to:
Posts (Atom)